Thursday, December 26, 2013

MAS terbang ke Vancouver

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mas-terbang-ke-vancouver-1.234430

Malaysia Airlines (MAS) dan Japan Airlines mewujudkan satu destinasi perkongsian kod baharu berkuat kuasa Selasa, yang memberikan laluan kepada MAS untuk membuat penerbangan ke Vancouver, Kanada, melalui Tokyo.

MAS berkata perkongsian kod baharu itu akan menyaksikan perkhidmatan Japan Airlines dari  Narita ke Vancouver dan sebaliknya, menggunakan kod penerbangan MAS.

Untuk memperkenalkan perkongsian kod baharu ini, MAS kini menawarkan tambang pergi balik termasuk semua yang menarik ke Vancouver bermula dari RM3,158 bagi kelas ekonomi dan RM14,299 bagi kelas perniagaan kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari, berkata perkongsian kod ini akan memberi laluan kepada pelanggan Japan Airlines dari Vancouver ke Kuala Lumpur.

"Ini adalah inisiatif kami untuk meningkatkan perhubungan udara dengan pasaran-pasaran keutamaan penting untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia, dan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014," tegasnya. - Bernama